KLIK..JGN TAK KLIK..

MARI JOIN IBU DINI

MASUK SINI JGN LUPA JERIT KAT IBU DINI OK.






Jom XchangE LinK ngan Ibu dinI

Friday, August 6, 2010

Kafiat Solat Terawih

Salam pagi jumaat....alhamdulillah masih bernafas lagi ibu dini di ketika ini..syukur kerana Allah masih memanjangkan usia ibu dini hingga ke hari ini...Bulan Ramadhan bakal tiba kurang dari seminggu...tak tahu amcam mana ibu dini nak bayangkan kerana ini adalah tahun pertama ibu dini dan adik ebradik menyambut Ramadhan tanpa ibu tersayang...ntah ler..sedikit sebanyak terasa juga tak tahu nak gambarkan macam mana...perasaan tu....Oleh itu bagi mereka yang amsih mempunyai ibu...sayangi dan hormatilah ibu anda sebaik mungkin kerana kita akan terasa bila kita kehilangannya....bukan apa...apa yang ibu dini rasakan sekarang nie...terlalu banyak masalah...ok lah apapun mari kita sama2 sedekahkan al Fatihah kepada mereka yang etrsayang yang telah meninggalkan kita...Al Fatihah......
ok sekarang nie ibu dini nak kongsikan serba sedikit tentang
Kafiat Solat Terawih....jom kita renungkan bersama....

Kafiat Solat Terawih
Solat ini biasanya di lakukan dalam bulan ramadhan sahaja. Waktunya selepas solat isyak. solat terawih biasanya di lakukan secara jemaah namun begitu, ia masih boleh di lakukan seorang diri di rumah. Untuk lebih afdal, solat terawih sebaik2nya di lakukan secara jemaah di amsjid, surau atau tempat yang ramai orang.
Tarawih biasanya di lakukan sebanyak 20 rakaat dan sekurang2nya 8 rakaat , ianya perlu di habiskan sebelum terbitnya fajar.Jika tidak, tak akan sempurnalah terawih anda.Bagi yang memilioh lapan rakaat, ianya tidak boleh di kurangkan lagi...
oleh kerana rakaatnya terlalu banyak, maka Rasulullah memberi kelonggaran untuk melakukan ibadah ini sedikit, iaitu 2 rakaat-dua rakaat. Boleh jadi di antara solat ke solat yang di selangi dengan bacaan suci Al Quran, selawat atau berceramah ringkas. Ini bertujuan untuk meringankan solat dan merehatkan fikiran. Sesuai dengan itu, maka ia di namakan terawih yang bererti "kerehatan"

Kebaikan Solat Sunat Terawih
Di Riwayatkan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib r.h katanya "bahawa telah di tanya oleh sahabat Rasulullah SAW, tentang kelebihan terawih pada malam2 bulan Ramdhan. Diantar kelebihannya adalah seperti berikut:"

1. Malam Pertama: Keluar daripadanya Dosa pada malam itu seperti nmana sewaktu di lahirkan oleh ibunya
2. Malam Ke 2: Di ampunkan dosa2nya serta ibubapanya
3. Malam Ke 3: Berseru malaikat di bwh Arasy supaya kamu terus menerus sembahyang terawih berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa2 kamu
4. Malam Ke 4: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran
5. Malam Ke 5: Di beri pahala sama seperti beribadah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi & Masjid Aqsa.
6. Malam Ke 6: Di beri pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70000)malaikat sekali tawaf serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya di ampunkan dosa2nya
7. Malam Ke 7: Seolah2 dapat bertemu dengan Nabi Musa(as) serta menolong baginda menentang Firaun dan Haman
8. Malam Ke 8: Di kurniakan pahala seperti yang telah di kurniakan kepada Nabi Ibrahim (as)
9. Malam Ke 9: Seolah2 dia menyembah Allah sebagaimana Nabi2 menyembah Allah
10. Malam Ke 10: Dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat
11. Malam Ke 11: Keluar dari dunia (mati) dlm keadaan bersih dari dosa spt baru dilahirkan.
12. Malam Ke 12: Datang dia pada hari Akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah)
13. Malam Ke 13: Datang dia pada hari Akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan
14. Malam Ke 14: Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang terawih serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat
15. Malam Ke 15: Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang Terawih
16.Malam Ke 16: Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
17. Malam Ke 17: Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi
18. Malam Ke 18: Di seru oleh Malaikat "Wahai hamba Allah, sesungguh nya Allah telah Redha kepada kamu dan ibubapa kamu ( yang masih hidiup @ telah mati)
19. Malam Ke 19: Ditinggalkan serta ditinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
20. Malam Ke 20: Diberikan pahala seperti mereka yang mati syhid dan orang2 solihin
21. Malam Ke 21: Dibinakan sebuah istana di dalam Syurga dari Nur
22. Malam Ke 22: Datang dia pada hari Akhirat , aman daripada dukacita dan kerisauan
23.Malam Ke 23: Dibina baginya sebuah bandar didalam Syurga
24. Malam Ke 24: Dibuka peluang berdoa sebanyak 24x yang sangat mustajab (elok sekali berdoa ketika sujud)
25. Malam Ke 25: Dihapuskan baginya seksaan kubur
26. Malam Ke 26: Diberikan pahala ibdah 40 tahun
27: Malam Ke 27: Melintas titian Sirat pada hari Akhirat seperti Kilat menyambar
28. Malam Ke 28: Diangkat 1000 darjat di Akhirat
29. Malam Ke 29: Dikurniakan pahala 1000 kali haji mambur
30. Malam Ke 30: Dipersilakan oleh Allh di Akhirat "Wahai hambaku, makanlah segala jenis buahan yang engkau hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air Syurga yang ebrnama Salsabil serta minumlah air daripada telaga Nabi yang ebrnama Kausar. Aku adalah Tuhanmu dan kamu adalah Hambaku.

***Renung2kanlah bersama****



Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers