KLIK..JGN TAK KLIK..

MARI JOIN IBU DINI

MASUK SINI JGN LUPA JERIT KAT IBU DINI OK.






Jom XchangE LinK ngan Ibu dinI

Wednesday, July 28, 2010

Setinggi manakah kesabaranku....

Salam semua...sejak dua menjak nie...ibu dini perasan yang ibu dini nya tahap kesabaran telah hilang sedikit ...ntah ler kenapa jadi camnie...
ibu dini pun tak tahu...

nak di jadikan cerita...dengan keadaan dini yang semakin membesar dan lasak...lepas tu plak si kecil dini sekarang asyik nak meragam jerk bila ngan ibu dini..mula2 rasa geram jugak...tak tahulah apa yang di nak..kejap2 nangis...mmg hilang jugak arr sabar ibu dini....walau apapun ibu dini selalu ingatkan diri ibu dini bahawa anak adalah anugerah yang perlu di jaga dan dididik sebaik yang mungkin....
jangan di lempiaskan kemarahan kita pada si anak......

jadi ntah mcm mn kebetulan ..ibu dini terbaca majalah pa & ma...ada pulak tips atasi anak meragam.....jadi dengan berbesar hati ibu dini pun nak share lah skit tips nie dengan anda semua...

1# Muzik
cuba pasangkan algu yang berirama harmoni ataupun anda boleh gunakan nada dering telefon bimbit anda. secara umumnya, si kecil suka kepada bunyi yang pelbagai jenis. dan dalam pada masa itu juga, cuba tarik perhatiannya dengan kad imbasan. pastikan warna kad itu terang . seboleh-bolehnya ungkapkan dengan kata-kata
"ibu sayang...adik"

2# Bekas ajaib
masukkan pelbagai jenis barang mainan si kecil di dalam bekas ajaib...biarkan si kecil memilih mainan kesukaannya. anda pasti gembira melihat si kecil mengerak-gerakkan tangannya untuk mengambil barang kesukaannya..permainan itu mampu merangsang mindanya...

3# Objek Baru
Apabila anda merasakan si ekcil itu telah resah, dan tidak lagi berminat dengan bekas ajaib, ambil objek atau barang mainannya yang baru untuk menarik perhatian si ekcil. berbual-buallah dengan si kecil walaupun si kecil itu tidak memahaminya.malah biarkan si kecil memegang objek yang baru itu...

4# Bunyi & Warna
Bunyi loceng dan warna yang terang mampu merangsang dan menarik perhatian si kecil, barang mainan seakan satu terapi yang baik untuk mengelak si kecil ini meragam. Apabilasi ekcil asyik mengoyangkannya, barang maianan yang emngeluarkan bunyi pasti akan merangsang mindanya untuk fokus dan meneruskan aktiviti tersebut. sekali gus akan membuatkan si kecil berasa tenang.

** di harap sedikit sebanyak tips ini akan membantu anda meguruskan anak yang meragam..kerana ianya membantu ibu dini****






Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers