KLIK..JGN TAK KLIK..

MARI JOIN IBU DINI

MASUK SINI JGN LUPA JERIT KAT IBU DINI OK.






Jom XchangE LinK ngan Ibu dinI

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah...

Salam pagi....seperti yang telah di ceriterakan...pagi tadi jam 0830pg, ibu dini telah pun berada di IIUM untuk memulakan rawatan yang pertama....tapi untuk ujian pertama ini, mr hubby kene buat Seminal Fluid Analysis..(SFA)hmmmm..dok pikir camner lah mr hubby nak buat..tapi alhamdulillah, sebab bilik yang di sediakan selesa dan teratur susun perabutnya....maka sekian lama menanti, mr hubby dapat lakukannya...kemudian, ibu dini terus hantar ke makmal dan kami di minta untuk tunggu seketika sementara proses di jalankan...akhirnya keputusan telahpun berada di tangan jururawat, setelah di terangkan segala2nya....akhirnya keputusannya normal...sekarang kami berfikir untuk teruskan dengan IUI ataupun IVF. kos yang di kenakan untuk SFA tadi hanyalah RM 40.00


Wednesday, April 13, 2011

My first steps.....

Assalamualikum.......bertemu lagi di blog ibu dini...time nie ibu dini baru jer balik dari keje...so sempat lah melepak2 sambil melayan nur dini qistina...seperti yang sedia maklum..ibu dini dalam proses untuk kehamilan seterusnya....so esok bermulalah perjalanan pertama ibu dini di mana mr hubby akan buat sperm test...takut pun ada, teruja pun ader, risau, happy..semuanya bercampur aduk ketika ini, namun ibu dini harus kuat untuk menepuhnya kali kedua....semoga Allah mempermudahkan segalanya...insyaallah esok ibu dini akan update apa yang berlaku...



Photobucket

Tuesday, April 12, 2011

Bila hati berbicara..........


Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Sudah terlalu lama ibu dini tidak menulis di blog ini..ntah kenapa terasa rindu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini.....tatkala ini, ibu dini telah pun berada di daerah pantai timur kerana mengikut suami yang bertukar ke sini....so..bila di tempat baru, bermulalah pencarian teman baru dan rakan sekrja yang baru....kebetulan, teman sekerja ibu dini baru 4 bulan melahirkan bayinya yang kedua...di beri nama wafiq(nama timang2an)...apa yang buat ibu dini kagum dengan teman ibu dini ini.....dia menyusukan anaknya dengan susu ibu...itu beerti setiap 2 jam dia akan memerah susu untuk di berikan kepada permata hatinya.....terdetik di hati ibu dini untuk mempunyai anak kecil meronta2.....dini telahpun berusia 3 tahun, tak salah mencuba lagi untuk 2nd zuriat....percubaan demi percubaan, perubatan traditional, biodex, serbuk kurma dan juga rebusan air buah hamil...tak lupa juga daripada pakar....mungkin belum rezeki lagi agaknya....dalam duk berbicara dengan mr hubby, kami buka laman lppkn tuk mengetahui kaedah yang di lakukan...ntah mcm mn..mr hubby ajak pergi lppkn pagi tadi...so kami pun ke lppkn klinik nur sejahtera pahang....hampanya bila tiaa dr & jururawat yng bertugas kerana mereka terlibat dengan ceramah kanser payudara di Kuantan Medical Center....ntah mcm mn satu ekrani memberitahu ibu dini untuk cuba daapatkan rawatn di International Islamic University Malaysia (IIUM) Pahang...
tanpa sebarang appointment, kami pun terus ek sana...alhamdulillah..kerani bertugas menyambut kami dengan mesra dan mengaturkan temujanji untuk yang kedua....selepas berbicara dengan kerani tersebut, rasa lapang dada..rasanya dah terlalu lama tidak membuat rawatan sejak kehadiran Nur Dini Qistina...maka temujanji seterusnya pada khamis ini...kerana mr hubby akan menjalani ujian pertama...Sperm count......insyaallah...ini usaha kami seterusnya...kerana azam tahun ini ingin menambah zuriat....
sambil berbicara, ibu dini bertanyakan kos rawatan yang akan di kenakan....untuk procedure IVF sahaja...caj yang akan di kenakan adalah RM 6000 tidak termasuk ubat2an, manakala procedure IUI pula RM 4500...insyaallah..ibu dini akan usahakan untuk menyediakan peruntukan itu.....kerana usaha itu tangga kejayaan....
buat masa ini, kami tidak di kenakan apa2 caj lagi..insyaalalh..ibu dini akan ceritakan lagi tentang perjalanan cerita ini untuk temujanji seterusnya.......doakanlah ibu dini agar tahun ini ibu dini & suami berjaya untuk rawatan yang bakal kami tempuhi...amin...



Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers